skip to main | skip to sidebar
    My Home Page
  • Follow Us
  • Chat With Us
  • About Us
  • Feed
    • Last Posts
    • Last Comments
  • Info
    • My Facebook
    • Me On Twitter
  • Login
  • Edit
  • Pengikut

    ShoutBox!

    Artikel Dari Mereka!

    Amin Aizuddin (1) Ibn Zil Min (2) Muhamad Luqmanul Hakim (3) Zahratul Hanan (1)

    Arkib Blog

    • ►  2013 (3)
      • ►  February (2)
      • ►  January (1)
    • ►  2012 (2)
      • ►  December (1)
      • ►  November (1)
    • ▼  2011 (10)
      • ►  November (1)
      • ►  October (1)
      • ►  August (3)
      • ▼  June (5)
        • ISLAM MELINDUNGI 5 KEMULIAAN MANUSIA
        • SELAMAT DATANG REJAB
        • Bangunlah Wahai Orang Islam
        • Kehidupan Berorganisasi
        • Kalamul Awwal

    Blog Editor


    Balkis Maahad Muhammadi Gua Musang

    • Home
    • About Us
    • Submit Your Da'wah
    • Be Our Member
    •  
      • Browse more categories
      • Amin Aizuddin
      • Ibn Zil Min
      • Muhamad Luqmanul Hakim
      • Zahratul Hanan

    Archives

    gravatar

    ISLAM MELINDUNGI 5 KEMULIAAN MANUSIA


     

    Islam memelihara 5 unsur penting kemuliaan insan iaitu Agama , Nyawa , Aqal , Keturunan dan Harta. Negara dan rakyatnya akan selamat jika menghayati dan melaksanakan syariat Islam dalam kehidupan mereka serta pentadbiran Negara .

    a- [ Agama ] Islam tidak membenarkan perlakuan keluar masuk agama [murtad] secara bebas kerana ia menggambarkan seseorang itu bukan sahaja tidak konsisten tetapi menghina kesucian agama . Jika kerjaya dan rumahtangga boleh difahami oleh semua insan bahawa ianya memerlukan satu komitmen yang tinggi untuk berjaya maka kenapa terlalu sukar bagi sebahagian masyarakat untuk memahami bahawa agama lebih lebih lagi memerlukan komitmen kerana ia melibatkan perjanjian kita
    dengan Tuhan [Allah] untuk taat dan patuh.

    b- [ Nyawa ] Islam meletakkan nyawa dengan satu nilai yang tinggi selepas agama yang dianugerahkan oleh Allah swt. Justeru nyawa dipertahan dengan segala hak penjagaan yang rapi . Islam melarang ummatnya membinasakan diri sendiri mahupun orang lain tanpa hak . Keselamatan menjadi isu penting yang akan dipelihara oleh Islam . Islam meletakkan rakyat dan mereka yang berlindung di bawahnya selamat dan sejahtera . Laksana islam rakyat rasa selamat dan negara aman .

    c- [ Aqal ] Islam melihat aqal adalah fungsi utama memartabatkan manusia untuk hidup sebagai pengendali tamaddun dan peradaban di dunia ini . Hilang aqal dan kewarasan maka hilanglah karamah atau kemuliaan seorang insan sedang aqal inilah yang membezakan mereka dengan binatang . Apabila manusia hilang aqal dan tenggelam dalam kemabukan umpamanya akan membuatkan manusia hilang perikemanusiaan dan akhirnya mereka akan berperikebinatangan. Berlakulah jenayah yang kejam dan sadis . Laksana islam aqal terpelihara dan tamadun akan terbina.

    d- [ Keturunan ] Islam mengambil nasab atau keturunan sebagai unsur yang dipelihara kerana ia juga asas kepada kemuliaan manusia . Bukankah hina jika insan itu lahir ke bumi tanpa ayah lalu digelar anak luar nikah atau anak haram . Justeru Islam melarang keras perbuatan zina dan sex bebas kerana ia perbuatan yang hina dan merosakkan keturunan . Laksana Islam selamat keturunan dan masyarakat jadi mulia .

    e- [ Harta ] Islam turut memelihara harta kerana ia adalah alat bantu kehidupan . Melangsungkan kehidupan yang bahagia dan selesa memerlukan harta yang secukupnya . Perbuatan merosakkan harta peribadi atau awam seperti vandalisme adalah salah di sisi agama . Lebih – lebih lagi harta rakyat dan Negara. Laksana Islam selamat harta Negara dan selamat harta rakyat.
     

    Tuesday, 28 June 2011 Write a comment!
    gravatar

    SELAMAT DATANG REJAB


    Selamat Datang Rejab - bulan yang ditunggu-tunggu oleh mereka yang mencari kebajikan yang banyak. Sesungguhnya Allah menganugerahkan rahmat kepada hamba-hambaNya dalam bulan ini. Barangsiapa memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan mereka dengan seribu kemuliaan. Bahkan dalam satu hadith, Nabi Muhammad saw. bersabda bahawa Rejab ialah bulan Allah, Sya'aban bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Gandingan 3 bulan (Rejab, Sya'aban dan Ramadhan) merupakan satu tempoh yang amat berkat. Setiap satu mempunyai keistimewaan tersendiri. Kemuliaan Rejab kerana Israk Mikrajnya, Sya'aban dengan malam Nisfu Sya'aban dan Ramadhan dimuliakan dengan Lalilatul Qadr.
    Di antara rahmat Allah yang terbesar dikurniakan kepada hambaNya ialah dengan melipatgandakan pahala setiap amalan yang dilakukan dalam bulan ini. Di antara amalan pada waktu siang ialah puasa, solat sunat, tasbih, selawat, membaca al-Quran, istighfar, sedekah dan seumpamanya. Manakala waktu malam diisi dengan solat tahajud, solat sunat tasbih, zikir, tasbih, selawat, baca al-Quran dan istighfar. Sepanjang Rejab, Allah melipatgandakan pahala dan keampunan serta mengangkat darjat di dalam syurga. 
    Banyak hadith yang disabdakan oleh Nabi Muhammad saw berhubung fadhilat berpuasa dalm bulan Rejab. Di antaranya : Puasa sehari dalam bulan Rejab diberi ganjaran syurga firdaus (tertinggi). Puasa 3 hari menjadi benteng menghalang api neraka. Puasa 4 hari diafiatkan dari bala' dan penyakit. Puasa 5 hari diamankan dari azab kubur. Puasa 6 hari - keluar dari kubur dengan muka yang bercahaya. Puasa 7 hari ditutup 7 pintu neraka. Puasa 8 hari dibuka 8 pintu syurga. Begitulah seterusnya lebih banyak ganjaran diberi jika ditambah bilangan hari puasa dalam bulan Rejab.
    Selain berpuasa, umat Islam digalakkan beristighfar. Bacalah doa istighfar Rejab yang banyak dinukilkan di dalam kitab-kitab. Allah melimpahkan keampunan dan rahmat yang tidak diberi pada bulan-bulan lain. Amalan sedekah juga dibalas dengan ganjaran yang banyak. Dinukilkan bahawa barangsiapa bersedekah dalam bulan Rejab diberi ganjaran setiap sehelai bulu roma di tubuhnya dengan 1000 kebajikan, diangkat 1000 darjat dan dihapus 1000 kejahatan. Dalam satu riwayat lain, Nabi Muhammad saw bersabda bahawa sedekah pada bulan Rejab seperti ibadat 1000 haji dan umrah, dibina 1000 mahligai di syurga dengan 1000 bilik dan 1000 bidadari.
    Nah... untuk menghuraikan fadhilat Rejab saja tak cukup rasanya dicatat dalam lembaran yang ringkas ini. Sungguh banyak sekali hadith dan keterangan ulama' mengenai ganjaran dan kebesaran Rejab. Yang lebih penting bukan setakat menghuraikan kelebihan, tetapi sejauh mana kita mengamalkan atau mengambil peluang dari tawaran Allah ini. Kalau Kompleks Membelibelah mengadakan tawaran istimewa atau jualan murah, kita akan keluar berduyun-duyun seolah-olah berpesta untuk mendapatkan barangan yang ditawarkan. Tetapi adakah begitu tindakikut kita apabila Allah membuka tawaran yang Maha Hebat ini. Satu tawaran yang tiada tolok bandingannya. Satu tawaran yang kekal abadi. Satu tawaran yang menjamin kebahagiaan di dua alam - dunia dan akhirat. Realiti yang kita dapat lihat ialah tawaran Allah kurang mendapat tempat di hati kita. Hanya hati yang disinari dengan iman dapat menghargai tawaran Allah yang abadi ini. Manakala hati yang sudah terpaut dengan kebesaran dunia lebih terpikat dengan tawaran murahan yang bersifat sementara dan tidak kekal.
    Di sinilah ujian untuk menilai keimanan kita terhadap perkara ghaib. Ganjaran syurga yang ditawarkan adalah perkara ghaib yang kita tidak nampak. Tetapi penurunan harga baju dari RM 90.00 ke RM 50.00 jelas dilihat. Oleh kerana kita lebih mengutamakan perkara yang nampak daripada yang ghaib, maka kita berusaha untuk memilih tawaran dunia. Tawaran Allah menjadi amat kecil sehingga tidak berdaya untuk kita laksanakan. Jadilah fadhilat atau kelebihan Rejab yang kita baca atau dengar seolah-olah satu dongengan yang tidak bermakna dan tidak sikit pun memberi kesan di hati. Apabila sikap  begini terserap di dalam hati, tidaklah mampu untuk merealisasikan sesuatu tindakan. Bahkan di dalam al-Quran, Allah menempelak golongan ini seolah-olah ada mata tetapi tidak dapat melihat, ada telinga tidak dapat mendengar dan ada otak tetapi tidak dapat memikirkan.
    Allah Maha Melihat atas apa yang kita lakukan. Allah Maha Mendengar atas apa yang kita ucapkan. Allah Maha Tahu atas apa yang kita lintaskan di hati. Allah memberi ganjaran atau balasan berdasarkan sejauh mana kita berusaha menghampirkan diri kepada Allah. Jika kita bersungguh-sungguh beramal mencari keredhaan Allah, Allah akan memberi balasan setimpal dengan usaha yang disumbangkan. Sebaliknya jika di dunia kita tidak begitu ambil pusing akan urusan ibadat, maka sudah tentu Allah tidak akan mempedulikan perihal hidup kita di dunia dan akhirat. 
    Sebagai tanda Allah mengasihi seseorang, diberikan kesusahan atau bala. Bala adalah ujian untuk melihat sejauh mana kesabaran kita. Sekiranya kita bersabar atas segala kesusahan yang ditimpakan ke atas kita, Allah akan meningkatkan darjat kita. Manusia yang lemah imannya terhadap ujian Allah akan mudah menggelabah dan putus asa. Orang beriman sebenar sama sahaja sama ada diberi nikmat atau tidak. Diberi senang dia bersyukur, ditimpakan susah dia bersabar. Ada wang atau tak ada wang sama saja - kerana kesemuanya berpunca dari Allah.
    Dalam konteks kelebihan Rejab ini, puasa adalah satu amalan yang benar-benar menguji kesabaran. Orang berpuasa diuji dengan susah, lapar, dahaga dan letih. Ini merupakan satu bala. Kejayaan mengatasi kesusahan ini demi menyahut seruan Allah merupakan satu peluang yang melayakkan kita menerima ganjaran yang disediakan; bak kata orang tua-tua 'bersusah-susah dulu - bersenang-senang kemudian'. Ini bermakna syarat untuk bersenang-senang di akhirat ialah dengan cara kita menempuh pelbagai kesukaran terlebih dahulu. Syurga adalah satu tempat yang amat istimewa di akhirat yang tidak akan dapat dicapai oleh mereka yang lebih mementingkan kesenangan dan hiburan di dunia ini. 
    Sebagai penutupnya, kita seharusnya memeriksa diri kita terlebih dahulu, sejauh mana kita memberi respons terhadap tawaran ukhrawiah? dan sejauh mana pula kita memberi respons terhadap tawaran keduniaan? Bandingkan kecenderungan atau kemahuan diri kita apabila berhadapan dengan kedua-dua tawaran ini. Yang mana lebih menggiur atau menyelerakan? Dari sini barulah kita tahu pendirian dan sikap kita. Tepuklah dada dan tanyalah iman. Hanya diri sendiri yang mengetahui rahsia peribadi. Bertolak dari sini, barulah kita dapat memperbetulkan halatuju yang perlu diambil untuk keselamatan diri kita di dunia dan akhirat. Harapan kita biarlah kita untung dan bahagia di dunia dan akhirat. Sama-samalah kita berusaha ke arah memperbaiki hidup sepanjang Rejab ini supaya Allah menambahkan ketakwaan dan kekuatan kita untuk melakukan amal iibadat dalam bulan Sya'aban dan Ramadhan yang bakal menjelang. Semoga kita berpeluang berada dalam bulan yang paling mulia - Ramadhan dan akhirnya semoga kita sentiasa mendapat keredhaan Allah. AMIN! 
     

    Write a comment!
    gravatar

    Bangunlah Wahai Orang Islam

       Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..Alhamdulillahi Rabbil Alamin..Wassolatu Wassalamu Ala Ashrafil Anbia iwal Mursalin Waa'la Alihi Wasahbihi Ajmain...

       Alhamdulillah...Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana memberikan akal yang sangat berguna ini untuk menukilkan beberapa ayat-ayat untuk di kongsikan kepada saudara-saudara muslimin dan muslimat sekalian.
    Para pembaca yang budiman,

       Kita telah tahu yang umat Islam kini telah di seksa dengan pelbagai cara,samada dari jasmani dan rohani kita.Ini kerana mereka ingin mermpas kembali takhta dunia yang dulunya dimiliki sepenuhnya oleh umat Islam.
       Kita telah tahu yang umat Islam telah menguasai dua pertiga dunia.Semua ini berlaku kerana kekuatan umat Islam pada zaman dahulu berbeza berbanding sekarang.
       Sekarang,umat Islam hanya mahu menjadi koli(hamba) kepada orang-orang yang berbuat kecelakaan di atas muka bumi ini.Orang-orang yang krjam terhadap orang Islam,orang-orang munafik,orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Allah s.w.t..Ini lah tabiat orang Islam pada zaman kini.
       Mereka tidak tahu apa yang barat telah rancang untuk memusnahkan orang Islam.Umat Islam  leka,leka di buai dunia semata-mata.Tidak hirau akan apa yang akan berlaku.telah berlaku dan akan berlaku.
       Umat Islam hari ini hanya pandai melayari internet,melayan facebook,twitter,myspace,friendster dan lain-lain lagi.Leka dengan alat elektronik yang yahudi buat.Leka,leka,leka dan terus leka di buai mimpi dunia yang fana ini.
       Mereka seola-olah tidak berasa apa-apa walaupun telah melihat,mendengar dan mengetahui ramai umat Islam yang lain di seksa,di bom,di bunuh.di rokgol dan lain-lain lagi.
      Bagunlah wahai umat Islam!!!INI LAH MASANYA UNTUK KITA BERTINDAK!!!UNTUK MELIHAT ISLAM BANGKIT KEMBALI DI PERSADA DUNIA INI!!! BAGUNLAH WAHAI PEMUDA!!!BANGUNNLAH WAHAI KAUM MUSLIMIN DAN MUSLIMAT!!!BERSAMALAH KITA MENENTANG PARA PENENTANG ALLAH!!!BERSAMALAH KITA TUNTUT KEMBALI DARAH ORANG-ORANG MUSLIMIN DAN MUSLIMAT SERTA ANAK-ANAK YANG SYAHID.AYUHLAH WAHAI SAUDARA-SAUDARA ISLAM!!!!...BANGUNLAH!!!BANGUNLAH DARI LENA!!!BANGUNLAH!!!
    BERSAMALAH KITA MENENTANG KEJAHATAN,KEMUNGKARAN DAN MENUNTUT KEMBALI HAK ORANG ISLAM DI ATAS MUKA BUMI INI.
    TAKHBIR!!!!!!!!
    ALLAHUAKHBAR!!!!!!

    "MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"

    Wednesday, 1 June 2011 Write a comment!
    gravatar

    Kehidupan Berorganisasi

    Kehidupan manusia sejak zaman berzaman tidak dapat dipisahkan dengan salah satu elemen terpenting iaitu kehidupan berkomuniti. Melalui kehidupan berkomuniti ini lahirnya bentuk penyatuan komuniti seperti adanya keluarga, kabilah, puak, perkampungan, daerah, wilayah, negara dan empayar. Dari sekecil komuniti seperti keluarga hinggalah kepada pembentukan empayar, ia harus mempunyai ketua – yakni seorang pemimpin yang akan membentuk budaya, aspek pemikiran, penyatu kepada pelbagai bangsa dan ideologi, menegak dan melaksana undang-undang, ketua tentera dan pelbagai peranan lagi.

    Dalam dunia moden hari ini, terdapat pelbagai organisasi samada ia berbentuk formal atau bukan formal atau yang berbentuk perniagaan, kumpulan seminat (NGO), badan kerajaan yang diketuai oleh pemimpin yang diberi pelbagai jenis gelaran seperti Presiden, Perdana Menteri, CEO, Naib Canselor, Menteri, Pengarah dan lain-lain.

    Kepelbagaian organisasi dan pemimpin ini telah mendorong banyak para pengkaji sains sosial dan ahli akademik untuk membuat kajian bagi melihat dinamika sesebuah organisasi dan gaya pemimpin atau adakalanya ditakrifkan sebagai kepimpinan dan bagaimana kedua aspek ini mempunyai saling kaitan antara satu sama lain.

    Difinisi Kepimpinan

    Kamus Dewan Edisi Ketiga Tahun 2000 menyatakan secara ringkas, kepimpinan adalah keupayaan memimpin melalui teladan. Secara umumnya kepimpinan ditakrifkan sebagai satu seni atau pendekatan bagi mempengaruhi orang lain di dalam kumpulan atau organisasi agar mereka melakukan aktiviti-aktiviti yang di arahkan secara rela bagi mencapai matlamat kumpulan atau organisasi.

    Ralph M. Stoghill pula menyatakan bahawa kepimpinan dalam pengurusan adalah sebagai proses mengarah dan mempengaruhi aktiviti-aktiviti para anggota yang berkaitan dengan tugas.

    Harold Koontz & Heinz Weihrich pula mendefinisikan kepimpinan sebagai satu pengaruh seni atau proses mempengaruhi orang lain supaya mereka akan berjuang dengan rela hati dan penuh semangat ke arah pencapaian matlamat kumpulan dan definisi ini dipersetujui bersama oleh Cyril O’Donnel.

    Manakala Robert Tannenbaum, Irving R. Weschler dan Fred Massarik melihat kepimpinan sebagai satu pengaruh antara personal yang dilaksanakan dalam sesuatu situasi menerusi proses komunikasi ke arah pencapaian satu matlamat yang khas.

    Fungsi Umum Kepimpinan

    Memahami fungsi kepimpinan didalam sesuatu organisasi adalah penting kerana ia melibatkan skop keterlibatan peranan pimpinan secara menyeluruh.Secara umum fungsi kepimpinan dapat diringkaskan seperti berikut:

    1.Membentuk dan membimbing anggota kearahkejayaan dunia dan akhirat.
    2.Menyatupadukan anggota bertindak sebagai orang tengah,pakar rujuk,penasihat,kawan yang simpati dan pendengar yang sabar.
    3.Mewujudkan suasana yang selesa untuk membolehkan orang yang dipimpin memperolah manfaat secemerlang mungkin (memasyarakatkan anggota).
    4.Merancang,menyelia dan menilai prestasi setiap tugasan yang diberikan kepada anggota organisasi.
    5.Memudahkan perhubungan antara anggota organisasi tanpa ada sebarang penghalang.

    Organisasi

    Kamus Dewan Edisi Ketiga Tahun 2000 mendefinisikan organisasi sebagai satu kesatuan yang terdiri dari bahagian-bahagian dalam sesuatu pertubuhan (perkumpulan, perbadanan dan lain-lain) untuk tujuan tertentu (kepentingan bersama dan sebagainya). Secara umumnya organisasi dapat didefinisikan sebagai satu perkumpulan bersifat sosial yang mana ahlinya akan melakukan aktiviti bersama dan saling bergantungan dan bekerjasama bagi mencapai matlamat yang dipersetujui bersama.

    Chester I.Barnard telah memberi definisi yang mudah tentang maksud organisasi – ‘organisasi adalah sistem kerja yang dianggotai oleh dua orang atau lebih.’ James D. Mooney mentakrifkan organisasi sebagai sebarang bentuk permuafakatan atau kerjasama untuk mencapai tujuan bersama.

    Manakala Max Weber pula mendefinisikan organisasi sebagai satu pendekatan bagi perhubungan sosial yang bersifat tertutup dan tidak terbuka secara meluas kepada semua orang untuk menganggotainya melalui peraturan keanggotaan yang telah digariskan terlebih dahulu.

    Wan Azmi Ramli mentakrifkan organisasi atau pertubuhan ditubuhkan untuk kepentingan masyarakat dan ia dikelolakan dengan rapi, tersusun dengan baik, teratur agar perhubungan dan tindakan mudah dilaksanakan.

    Definisi Tarbiah

    Tarbiah merupakan suatu uslub yang terbaik yang mampu berinteraksi bersama fitrah manusia,dikemukakan samada dalam bentuk arahan secara langsung (perkataan) atau secara tidak langsung (qudwah).Ia bertujuan untuk mengubah manusia kearah yang lebih baik berlandaskan manhaj dan wasilah-wasilah tertentu.Secara umumnya tarbiah adalah udaha yang dilakukan kearah pengabdian diri kepada Allah s.w.t. secara sempurna.Ia adalah satu proses dan aktiviti yang bertujuan untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang dikehendaki.

    Definisi Harakah Islamiyah

    Harakah Islamiyah merupakan satu tanzim Universal yang merangkumi anasir-anasir yang beramal untuk memperjuangkan Islam dan merupakan amal jamaei' yang disusun rapi untuk menegakkan agama Allah dan membangunkan kembali daulah Islamiyah diatas muka bumi ini.Secara umumnya,harakah adalah jemaah yang teratur dan mempunyai matlamat serta manhaj yang tertentu.
    Tarbiah harakiah mempunyai matlamat asas yang tersendiri iaitu:

    1)Matlamat Khusus:
    #Melahirkan individu muslim
    #Membina keluarga Islam
    #Membentuk masyarakat Islam
    #Menegakkan negara Islam
    #Menyatukan semula ummah Islamiyah

    2)Matlamat Umum,antaranya ialah:
    #Mengabdikan manusia kepada Allah yang Esa (Surah adz-zuriyat)
    #Mempelapori kerja-kerja amal makruf nahi mungkar (Surah ali-Imran :11)
    #Menyampaikan ridalah Islam kepada alam seluruhnya (Surah al-baqarah :142)
    #Menghapuskan kuasa kuffar di atas muka bumi ini (Surah al-Anfal:39)

    Inilah matlamat asas kepada tarbiah harakiyah.Terdapat banyak lagi matlamat lain dalam tarbiah islamiyah mengikut pendekatan dan wasilah yang dibawa.

    Ciri-ciri

    1)Ciri-ciri khusus tarbiah islamiyah:
    #Ketuhanan
    #Sempurna dan lengkap
    #Positif dan membangun
    #Kesederhanaan dan keseimbangan
    #Persaudaraan dan jemaah

    2)Ciri-ciri harakah islamiyah terbahagi kepada:
    1)Ciri-ciri prinsip:
    #Gerakan rabbani
    #Gerakan yang tersendiri
    #Gerakan pembawa kemajuan
    #Gerakan yang syumul
    #Menjauhi perselisihan dalam masalah fekah

    2)Ciri-ciri haraki,antaranya:
    #Beransur-ansur dlam semua peringkat gerakan
    #Peringkat dakwah:
    -Ta'arif
    -Takwim
    -Tanfiz
    #Mengutamakan kerja dari propaganda
    #Nafas yang panjang
    #Uzlah nafsiah bukan jasadiah
    #Matlamat tidak menghalalkan cara

    Keperluan melahirkan generasi pembawa risalah yang mempunyai keutamaan dan persediaan yang sempurna disudut mental,spiritual dan persediaan disudut haraki adalah satu tuntutan yang sama penting demi keberkesanan dakwah dan kerja menyelamatkan Ummah berjaya dipenuhi dan mencapai matlamat.
    Dengan terlaksananya amaliah tarbiah harakiyah ini,maka tercetuslah madrasah dai-e rabbani menegakkan kembali kalimah tauhid dan menyemarakkan kembali ummah di atas muka bumi ini.
    Akhirnya,jadilah kamu pemimpin yang adil dan takut akan ALLAH S.W.T.Wakafkan diri kamu kepadaNya,insyaAllah perjuangan kamu tidak akan sia-sia.
    Sebelum ana menghabiskan coretan ana,sukacita ana hendak kemukakan 20 soalan kepada manusia yang bergelar pemimpin.Soalannya ialah:

    1)Siapakah anda?
    2)Berdasarkan soalan di atas,berikan sebab bagi jawapan anda di atas.
    3)Apakah maksud Islam?
    4)Apakah maksud Iman?
    5)Apakah maksud dakwah?
    6)Apakah yang dimaksudkan dengan pemimpin?
    7)Apakah yang dimaksudkan dengan kepimpinan?
    8)Apakah tugas dan matlamat pemimpin dalam menggerakkan umat Islam?
    9)Bagaimanakah keperibadian seorang pemimpin?
    10)Apakah sifat utama seorang pemimpin?
    11)Apakah yang di maksudkan dengan tarbiah?
    12)Apakah yang dimaksudkan dengan perkadiran?
    13)Apakah yang dimaksudkan dengan organisasi?
    14)Amal Islami terbahagi kepada 3,nyatakan bersama maksud.
    15)Apakah yang di maksudkan dengan jemaah?
    16)Adakah anda sentiasa bersama jemaah organisasi anda?
    17)Bagaimanakah hubungan anda dengan ahli kepimpinan yang lain?
    18)Adakah anda berasa letih dengan kehidupan berorganisasi?
    19)Adakah anda telah melaksanakan tanggungjawab anda sebagai seorang pemimpin dengan sempurna?
    20)Adakah anda pentingkan diri sendiri?Nyatakan sebab beserta bukti.

    Write a comment!
    gravatar

    Kalamul Awwal

      Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..Alhamdulillahirabbila'lamin..Wassolatu Wassalamu a'la ashrofil anbia wal mursalin waa'la alihi wasahbihi ajmain..Amma ba'du..Alhamdulillah,bersyukur kita kehadrat ilahi,kerana dengan izin dan limpah kurniaanNya,dapat juga kami membuat satu blog bagi BADAN LATIHAN DAN KEPIMPINAN ISLAM (BALKIS) MAAHAD MUHAMMADI GUA MUSANG.
      Ia bertujuan supaya kami dapat berkongsi dengan orang-orang diluar sana akan setiap program yang kami lakukan untuk mentarbiah pelajar-pelajar Maahad Muhammadi Gua Musang.
      Di samping itu juga,blog ini di gunakan untuk kami menyampaikan risalah dakwah keseluruh pelusuk dunia.Ini kerana BALKIS menyahut seruan jihad fisabilillah dan akan berjuang apa yang mampu.Kerana,kami ingin melihat Islam kembali berkuasa di atas muka bumi ini seperti zaman Nabidan sahabat-sahabat dahulu.
      InsyaAllah dengan segenap kekuatan yang ada kami akan berjuang dan terus berjuang sehingga matlamat kami tercapai.InsyaAllah..Amin.Waallaua'lam,wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

    Takhbir!!!Allahuakhbar!!!

    "MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"
    "BANGUN BERSAMA MENENTANG KAFIR LAKNATULLAH"

    Write a comment!
    Recent Posts...

    Masa

    Asma u'l Husna

    Waktu Solat

    Mutiara Islam Hari Ini

    Terkini Pelajaran Islam

    Balkis Maahad Muhammadi Gua Musang | Coded By HostGator Themes