skip to main | skip to sidebar
    My Home Page
  • Follow Us
  • Chat With Us
  • About Us
  • Feed
    • Last Posts
    • Last Comments
  • Info
    • My Facebook
    • Me On Twitter
  • Login
  • Edit
  • Pengikut

    ShoutBox!

    Artikel Dari Mereka!

    Amin Aizuddin (1) Ibn Zil Min (2) Muhamad Luqmanul Hakim (3) Zahratul Hanan (1)

    Arkib Blog

    • ▼  2013 (3)
      • ▼  February (2)
        • Tazkirah Remaja: 3 faktor perosak manusia
        • Cerdik Tapi Malas
      • ►  January (1)
        • Fikir-fikirkan
    • ►  2012 (2)
      • ►  December (1)
      • ►  November (1)
    • ►  2011 (10)
      • ►  November (1)
      • ►  October (1)
      • ►  August (3)
      • ►  June (5)

    Blog Editor


    Balkis Maahad Muhammadi Gua Musang

    • Home
    • About Us
    • Submit Your Da'wah
    • Be Our Member
    •  
      • Browse more categories
      • Amin Aizuddin
      • Ibn Zil Min
      • Muhamad Luqmanul Hakim
      • Zahratul Hanan

    Archives

    gravatar

    Tazkirah Remaja: 3 faktor perosak manusia


    Assalamualaikum.

    SEMUA orang gemar kepada perkara yang baik dan melakukan kebaikan kerana ia membawa kebahagiaan, kesejahteraan dan keharmonian.

    Golongan seperti perompak atau penyamun juga tidak suka harta bendanya dicuri dan diganggu, walaupun mereka mengganggu dan menceroboh kehidupan orang lain.

    Keburukan berlaku dalam masyarakat disebabkan beberapa faktor seperti tidak menghiraukan larangan Allah. Begitu juga keharmonian boleh digapai apabila kita menuruti petunjuk Allah yang maha kuasa.

    Menghindari lebih baik daripada mencegah. Kali ini kita bermuhasabah untuk menghindari faktor perosak.

    Saidina Umar berkata: “Sekiranya kamu ingin menghindari keburukan, kamu mesti mengetahui kejahatan itu supaya senang kamu menghindarinya.”

    Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Ada tiga perkara merosakkan, hawa nafsu yang dituruti, kedekut yang ditaati dan kekaguman pada diri sendiri.”

    Pertama, hawa nafsu bukan dibunuh tetapi dididik. Ini kerana nafsu dunia menjadi indah, sebab itu dunia di bangunkan, rasa cinta kepada harta, takhta dan wanita mengindahkan kehidupan selama mana dalam batas yang dibenarkan. Ikut nafsu lesu, ikut hati mati, ikut rasa binasa.

    Remaja yang tenggelam dalam hawa nafsunya lemas dalam lilitannya. Cinta tanpa batasan, pergaulan bebas, mahu senang tanpa usaha, berhibur tanpa batasan dan akhirnya nafsu menjadi Tuhan, berkiblatkan perasaan serta tiada lagi batasan.

    Pada masa itu pekak telinganya, buta matanya dan akhir sekali terkunci hatinya. Allah sudah mengingatkan umatnya dalam firman-Nya yang bermaksud:

    “Pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhan. Allah membiarkan mereka sesat dalam keadaan berilmu lalu Allah mengunci mati pen dengaran dan hatinya.”

    Ini yang dibimbangkan terhadap sebilangan remaja kita, belajar di universiti, ilmu banyak, ijazah tinggi, jawatan serta gaji lumayan tetapi menjadi ‘pak turut’ kepada hawa nafsu jahat.

    Kebanyakan mereka ditangkap kerana rasuah, pecah amanah, merogol, seks bebas, buang bayi dan pelbagai kesalahan jenayah.

    Tidak dinafikan juga ada jenayah dilakukan mereka yang berpelajaran. Hakikatnya, jika kita ingin menjadi insan yang baik, bukan hanya perlu kepada ilmu dan segulung ijazah tetapi lebih penting ialah bungkusan azimat iman untuk mengekang kemahuan nafsu menggila.

    Subjek pembelajaran sepatutnya ditekankan untuk me ngendalikan hawa nafsu. Remaja sepatutnya bukan hanya memburu kecerdikan tetapi kebaikan.

    Kedua, sifat yang merosak ialah kedekut. Terlalu cintakan harta hingga tidak mengeluarkan zakat. Tidak terpanggil membantu sesama Muslim dalam bidang ekonomi juga dipanggil kedekut. Sama ada menyokong mereka dengan membeli produk atau dengan tidak menjatuhkannya.

    Ada sesetengah remaja menghambur duit di tempat perjudian, untuk minuman keras dan melayan teman wanita yang luar biasa idaman kebendaannya. Malangnya derma anak yatim tidak dipandang, tabung masjid yang disediakan dibiarkan.

    Kedekut bukan terbatas kepada duit saja tetapi merangkumi kedekut idea, pendapat, kedekut nota kuliah, resipi dan tenaga.

    Program kebaikan dan bermanfaat di kampus dan surau serta masjid kadang-kadang tidak mendapat sokongan memberangsangkan di kalangan remaja. Tetapi jika konsert dan hiburan, tanpa dijemput sanggup melakukan apa saja untuk menikmatinya.

    Pemuda yang mewarisi negara perlu belajar menjadi pemurah, suka membantu, ringan tangan dan penyokong setia kebaikan.

    Ketiga, sifat membanggakan diri. Ia merosak diri, keluarga dan masyarakat. Orang yang bangga diri biasanya berasa ada kelebihan luar biasa pada dirinya yang tidak mampu di tandingi orang lain.

    Mereka yang terkena penyakit begini biasanya mudah memperkecilkan kebolehan orang lain. Apabila melakukan kesalahan sukar untuk diri mengakuinya, jarinya mudah menuduh dan menuding orang lain. Fitnah terkutuk sanggup dilakukan demi untuk menjaga nama baik dirinya yang sebenarnya memang teruk.

    Artikel Dari:Zahratul Hanan

    Wednesday, 27 February 2013 Write a comment!
    gravatar

    Cerdik Tapi Malas

    Assalamualaikum.


    Ramainya orang cerdik tapi malas,tapi ramai juga orang kurang cerdik tapi rajin,namun amat sedikit orang yang cerdik dan rajin.

    Sangat beruntung bagi sesiapa yang menyedari perkara ini dan mengambil 'ibrah daripadanya..

    Aku lebih memandang yang rajin itu adalah kunci kejayaan, Tapi tanpa kebijaksanaan kejayaan takkan dapat dikecapi, Lalu bagaimana??

    Seekor ibu Helang selamat mengeluarkan sebiji telur dalam sarangnya yang tinggi di atas pokok. Usai, ia terbang ke udara meninggalkan telur yang baru ditetasnya untuk mencari akar-akar pokok bagi membaluti telur itu. Malang tak berbau, ibu Helang ditembak si Pemburu Haram lalu jatuh menyembah bumi.

    Hendak diceritakan, telur Helang tadi dicuri seekor helang yang lain. Namun, ketika hendak mendarat di atas tanah, telur tersebut jatuh bergolek dan lesap di celah-celah semak di belantara. Seekor ibu ayam hutan yang sedang mengais-ngais tanah mencari cacing terperanjat apabila sebiji telur terjatuh di atas rimbunan daun kering betul-betul di hadapannya. Telur itu masih elok dan tidak pecah. Ibu ayam tersebut lantas mnyepak-nyepak telur tersebut dengan berhati-hati pulang ke rumahnya. Ia langsung menjaga telur itu dengan baik dan selamat.

    Setelah dua minggu, akhirnya telur itu menetas lalu keluarlah seekor anak Helang yang comel. Secara fitrah, wajah pertama yang dilihatnya itu dianggap sebagai ibu. Ibu ayam amat gembira dan menyuapkan anak Helang cacing-cacing. Ia menjaganya dengan begitu baik.

    Hari berganti hari, minggu berganti minggu. Anak Helang terasa ingin mencuba untuk terbang. Ia pernah melihat kawanan helang yang terbang tingggi di udara dan amat cemburu dengan mereka sedangkan ia tidak pernah tahu bahawa dirinya juga adalah seekor Helang! Ia mengadu kepada "ibu"nya dan menyatakan hasrat untuk terbang tinggi seperti helang. Namun, ibu ayam menegah dan berkata;

    " Kamu tu anak ayam, mana boleh terbang tinggi ! "

    Namun, ia tidak putus semangat. Setiap hari, ia memanjat suatu batu yang agak besar dan cuba untuk terbang. Berkali-kali ia terjatuh. Namun, tetap berusaha tanpa mengenal sakitnya terjelepok di atas tanah. Setelah beberapa lama, akhirnya ia mampu untuk terbang. Pada awalnya, cuma setinggi pohon kecil. Namun, lama kelamaan ia sudah mampu menjangkau dahan pohon yang tinggi. Dan sudah pastinya anak Helang yang dibela oleh ibu ayam hutan dan tidak tahu bahawa dirinya adalah seekor Helang itu kini sudah mampu terbang menggapai awan sambil berlegar-legar di udara dalam jangka masa yang sangat lama. Namun, malangnya,ia masih belum menyedari bahawa ia sebenarnya adalah seekor Helang yang sudah dewasa !

    Apa motifnya cerita di atas??- Semangat yang tinggi dan azam yang cekal ditambah dengan usaha yang gigih mampu menghasilkan natijah yang luar biasa.- Setiap makhluk mempunyai kebolehan tersendiri yang kadang-kadang dia sendiri tidak menyedarinya
    - Rajin berusaha tanpa mengenal erti penat adalah lebih baik daripada tidak berbuat apa-apa.

    Nah, sebenarnya ingin dinyatakan bahawasanya " Rajin itu membezakan antara yang cerdik dan kurang cerdik. Ia mampu mengangkat darjat orang yang kurang cerdik menjadi lebih tinggi daripada orang yang cerdik tapi malas."

    Para hukama' pernah menyebut: " Seseorang itu tidak akan sampai kepada darjat kemuliaan sehinggalah ia merasakan betapa lazatnya kesabaran"

    Jadi, nak jadi rajin ke malas? Tepuk dada tanya selera. Fikir-fikirkan!

    Artikel Dari:Muhamad Luqmanul Hakim

    Write a comment!
    gravatar

    Fikir-fikirkan

    Telah berjaya orang-orang yang beriman,iaitu mereka yang solat dengan khusyu' dan meninggalkan perkara-perkara lagha" -surah al-Mu'minun,ayat 1-3 Wahai para pencinta SYAHID&SYURGA sekalian, Buktikanlah kecintaanmu pada Allah dan saudara-saudaramu di Gaza dan seluruh dunia dengan melaksanakan SOLAT BERJEMAAH DI AWAL WAKTU dan menDOAKAN KEMENANGAN ISLAM! -Islam pasti MENANG,persoalannya apakah sumbangan kita untuk mendaulatkan ISLAM?

    Artikel Dari:Muhamad Luqmanul Hakim

    Friday, 4 January 2013 Write a comment!
    Recent Posts...
    Older Posts...

    Masa

    Asma u'l Husna

    Waktu Solat

    Mutiara Islam Hari Ini

    Terkini Pelajaran Islam

    Balkis Maahad Muhammadi Gua Musang | Coded By HostGator Themes